Thursday, 7 May 2015

aqiqah: hikmah & kebaikan

hehe.. apa la ke maleh benor nak mem-blogging sejak pregnant no 2 ni kan.. haha.. 
ok tp yg ni kena blog sbb nak jadikan my reference later..
senang, tak yah nk google2 cari info bagai nanti..



1) basic info about aqiqah:

Bagi anak lelaki disembelih 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari lembu atau unta. Bagi anak perempuan pula seekor kambing atau 1 bahagian dari lembu atau unta. Untuk lembu dan unta dibenarkan untuk berkongsi 7 bahagian.

Hukum aqiqah dalam mazhab Asy-Syafi’e adalah sunnat muakkadah iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan seperti bapa.


2) bila patut buat:
Waktu untuk menaqiqahkan anak ialah bermula dari sempurnanya kelahiran anak hingga baligh anak tersebut. Jika aqiqah dilakukan sebelum sempurna kelahiran maka ia dianggap sembelihan biasa yang boleh dimakan tetapi bukan aqiqah.

Penyembelihan binatang untuk aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh dari tarikh kelahiran bayi. Tetapi jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh maka boleh juga pada hari yang ke 17 atau 21. Tetapi jika masih tidak dapat laksanakan maka boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dengan kemampuan ibubapa bayi.

Jika telah baligh anak tersebut sedangkan aqiqah untuknya belum disempurnakan maka tuntutan ke atas ayahnya sudah tidak berjalan lagi, di waktu itu bolehlah si anak melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri atau boleh juga si ayahnya melaksanakan sebagai melangsaikan apa yang belum dia selesaikan sebelum ini.

Namun begitu, hari yang paling afdhal untuk menjalankan aqiqai ialah pada hari ketujuh kelahiran anak. Contohnya, jika lahir pada 1 haribulan maka aqiqahnya pada 7 haribulan.


3) terjemahan sabda Nabi mengenai aqiqah (hikmah pertama)

Anak akan membesar dan berbakti kepada ibubapanya adalah bergantung kepada aqiqah yang dilaksanakan untuknya. Makna yang kedua ialah ibubapa akan dapat kebaikan di akhirat dari anaknya bergantung kepada aqiqah samada dilaksanakan atau tidak.

Dari hadis tersebut jelaslah tentang pentingnya aqiqah untuk kebahagian ibubapa dan anak. Jika ada anak yang susah dengar nasihat atau degil atau pada zahirnya menyusahkan ibubapa maka perhatikanlah juga dari sudut aqiqah, adakah telah dilaksanakan atau belum. Jika telah dilaksanakan adakah ianya sempurna atau tidak.


4) hikmah2 aqiqah yang lain:

a. Menimbulkan rasa gembira dengan ni’mat Allah yang telah membantu, memudahkan dan menyelamatkan ibu dan anak sepanjang proses mengandung hingga bersalin. Tanpa bantuan dan kasih sayang Allah tiada siapa yang boleh bantu si ibu dan anak.

b. Meningkatkan rasa syukur atas anugerah Allah iaitu anak. Anak adalah perhiasan dan hiburan yang Allah kurniakan di dunia seperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14 dan surah Al-Kahfi ayat 46. Dari sifat syukur tersebut Allah sayang hambaNya kerana sesiapa yang bersyukur pasti Allah meredoinya dan pasti Allah akan tambah lagi nikmat seperti yang Allah janjikan dalam surah az-Zumar ayat ketujuh dan surah Ibrahim ayat ketujuh juga.

c. Mengeratkan tali silaturrahim dengan memberi makan daging aqiqah samada kepada saudara mara terdekat atau sesiapa sahaja. Amalan mengeratkan silaturrahim akan mendatangkan kebaikan-kebaikan yang lain seperti lapangnya rezeki, diberkati kehidupan dan lain-lain kebaikan.

hmmmm interesting kan?? ^_^