Monday, 15 April 2013

adat melenggang perut

when i mentioned that at tis moment baby A is breeched, there were some people who suggested that if by 7th month baby A is still breeched, i shud do the 'adat melenggang'.. from what i remembered, adat melenggang tu mcm syirik.. when it involves benda2 meragukan mcm ni mmg i am extremely not keen.. but those ppl who suggested tis adat of course said it is not syirik. so apa lagi, google kan ada.. i started doing my research of some sort la kan.. 

*source: google image...


according to wiki, adat melenggang is:

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:
• Tujuh helai kain yang berlainan warna.
• Satu gantang beras.
• Sebiji buah kelapa.
• Beberapa urat benang.
• Satu batang damar.
• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
• Beberapa batang lilin.
• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:
Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.
Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.
Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

.......

*source: google image. contoh2 lain for benda2 yg diperlukan utk adat ni..


notice the ones i highlighted in red.. tgk barang2 yg diperlukan pun da mencurigakan.. after further digging, rupanya adat ni khurafat.. and khurafat bole membawa ke syirik.. oleh kerana tis adat ni hanya kepercayaan org melayu, so elok la dijauhkan..

of course, seorang umat Islam perlu berusaha.. tp to me kalau smpi percaya seorang manusia dipanggil tok bidan mampu mengubah apa yg ditentukan oleh Allah then i personally am opposed to that. 

kalau nak urut sajer, disertai dgn doa dan ayat2 al-quran takpe la kan.. ni dgn kain 7 warna la, pengeras la, beras la, benang la.. mengarut betul.. 

m sorry if this post offends you, tis is just my personal point of view k.. 
*peace*