just a guidance for all of us..
......................
Di dalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah
kurang dari 40 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.
Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama'
menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita
dikecualikandari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari,
seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan ulama'
yang membenarkan selama 60 hari.
Ummu Salamah ra. berkata :
كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah :saw , wanita didalam nifas akan duduk
(dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat
al-Tirmudzi]
Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah
ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi :saw, taabien, bahawa waktu maksima
wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40
hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.
Waktu mengandung 9 bulan itu boleh dikatakan agak lama, maka sudah tentu
kesihatan merupakan perkara yang perlu dijaga oleh setiap wanita selepas
bersalin. Disini saya mengutip sedikit nasihat Doktor wanita (tulisan Saarah
al-Lu'Lu'ah didalam laman sesawang Islamway) mengenai perkara ini:-
- perkara utama yang perlu dilakukan adalah cukup rehat dan tidur, sekurang-kurangnya seminggu
- terus mandi selepas bersalin (mandi wiladah)
- makan diet yang biasa selepas bersalin. tumpukan kepada makanan yang berprotein, mineral, sayur-sayuran dan buah-buahan
- digalakkan ibu yang lepas bersalin bergerak selepas 6 jam
- tidak kembali bekerja hanya selepas 6 minggu
- terus bersenam sehingga badan menjadi normal
Kesimpulannya, amalan berpantang tidak ada di dalam Islam, akan tetapi hakikat 40 hari berpantang (tidak berpuasa, tidak bersolat, dsb) itu merujuk kepada angka maksima seseorang wanita itu berada di dalam nifas.
......................
there are some of the pantang larang i might follow, and some i might not.. some might follow adat melayu, some might follow cara omputih or cara yg scientifically logical to me.. hehehe..