epilog cinta khirana is a 16-episodes drama written by my friend, liza.. and m writing and promoting because there are a few scenes in the drama that i contributed to hehe.. mcm smlm, episode 8, ada la dlm 3 scenes out of ntah brp ntah that was my idea hehehe.. she is also the scriptwriter of a telemovie called 'cinta halal', aired twice on tv3 because of demand.. telemovie tu i contributed quite a few scenes, esp part kelakar2 hehehe.. stakat tmbh ckit2 tu bole la, nk tulis whole script tu lum pandai lg.. ^_^
drama ni lain dr yg lain, not the common-love-story kinda drama.. so far reviews from viewers pun sgt positive.. ramai yg suka sbb jalan citer yg lain dr lain.. kalau tak lebih krg je drama2 malaysia ni kan..
yg sedihnyer ada la a few scenes yg tv3 potong.. drama ni rating dia 18PG.. tp bukan citer seram.. ganas ckit jer.. tu yg a few scenes kena potong tu.. tp scenes tu actually penting n sgt relevant in the story.. kalau ada laaagggggiiii best citer ni..
the synopsis is at the end of this entry.. pjg ckit so letak bwh skali la kut KALAU korang nk baca hehehe.. it is actually an adaptation of liza's novel called 'mencari jalan ke syurga' tp tuk drama tukar tajuk..
so kalau bole n ada masa tgk la drama tu k.. kat tv3, every tues - thur at 10pm.. ^_^
tq!!
.......
synopsis:
Pelakon:
Tasha Shilla (Dayang Khirana), Nazim Othman (Shahrul Azwan), Aliff Aziz (Sharqir Ikhwan), Fiza Halim (Zulaikha), Arash Mohamad (Dato’ Shamsul Ariffin),Raja Ilya (Eugene), Izati Abdullah (Rozana), Wan Shades (Pak Lang Daud), Raja Ema (Mak Lang Rabiah), Hairi Safwan (Luqman)
Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah butik.
Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar.
Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel.
Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu.
Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut. Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu. Kadang-kala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah menyelamatkan dia.
Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai persoalan. Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya. Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda. Yang paling mengejutkannya, Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas. Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.
Shahrul Azwan mempersoalkan adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas menafikannya. Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu. Shahrul Azwan sudah mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya sendiri.
Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka. Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali. Shahrul Azwan ingin bersikap adil. Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya sehingga pulih. Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan terbongkar?

