Monday, 2 December 2013

milky way

last week i got panic sekejap. psl apa? psl susu. hehehe. so kalau xnk baca xyah baca k. tis is me rambling on my own blog. for a bf mum like me, mmg selalunyer susu susu susu je sentiasa dlm kepala. nk buat caner, nk provide terbaik utk anak, mmg itu je la yg duk fikir tul tak..


knp panic plak.. sbb tiba2 expressed milk yielded was not as it use to be. merundum bak kata org. husband outstation seminggu. and for me yg duduk sdri (xde maid, x duduk dgn mak or mak mertua), agak penat juga jaga baby sorang2 waktu malam..

ayra is a fairly easy baby to care. cuma waktu malam maybe sbb dia rindu sgt2 with me so she tends to be extremely sticky. xnk renggang langsung.. nk manja je smpi kul 3-4 am sometimes. x bole nk letak, nk dukung je spjg masa hehehe.. bygkan la, kul 6 plg lewat da kena bgn nk siap2 gi keje. to me, if she sleeps at midnite pun da kira awal.. biarla bgn setiap jam pun, asalkan tido awal.. hihihihi..

masa husband ada, bole le tido dlm keta. bila dia outstation nk tido mende nyer kan, kena la drive dlm jam jam tu.. jam tu yg buat ngantuk sbnrnyer.. tp alhamdulillah to me for all 5 nights hubs wasnt ard it was manageable. 

unfortunately my body didnt think so. i seriously felt fine. but my body knows best kut. tu yg bila pump kuar ckit jer. maka bertambah2 la risau n stress tul tak..

so bila balik nk kena buat tandem or pump after feed. kalau buat tandem ok jer, tu pun kalau sempat capai pump n df kat area pump.. tp kalau tak sempat (ayra da jerit kelaparan) i pump after feeding ayra. kalau buat camtu dpt buat 5 min pun jd la sbb ayra sure jerit mintak dukung nyer hehehehe.. 

tapi ttp rasa tak puas hati bila pump kuar Xoz jer.. ish sgt tak puas hati. so mula la cari milk booster! mcm2 try minggu tu.. 

termasuk la fenugreek busuk tu. malangnyer mlm tu effect dia ketara pd ayra.. dia muntah2.. esoknyer tgk muka dia naik merah2 byk sgt.. tu la, nk boost sgt.. terus stop fenugreek tu.. haihhh..

sblm ni mmg da try mcm2.. shaklee nyer alfalfa tu da abis sebotol pun sama gak.. tak boost pun.. shaklee's esp tak leh masuk tekak confirm muntah balik.. da try nestum, oats, milo, papaya, honeydew, longan, laici, cheesecake, soya bean, lactation cookies, durian n byk lg la.. semua takde effect to me pun.. 

for myself, yg menjadikan hasil ok balik sbnrnyer is frequent pumping, power pumping and tandem pumping. haa nampak tak persamaan dia? PUMPING!! 

plg plg plg tak suka bila pump n hasil sikit terdetik kat hati "susu aku da makin sikit ke?", "susu aku tak cukup ke?" or something along tat line.. benci sgt dgn diri sdri bila terdetik mcm tu. i will kinda slap myself and tell myself SUSU ADA, SUSU ADA, SUSU ADA!!!

some mothers jenis sgt lucky, mkn itu boost, mkn ini boost.. jeles tullllll.. but, i hv to believe tat ini la rezeki utk ayra. kalau byk tu Allah nak bagi, byk tu la yg kita dpt tul tak. yg penting masih ada rezeki utk ayra. 

yes, ayra is still full breastfeed baby. alhamdulillah sgt2..

breastfeeding ni sgt mencabar sbnrnyer. ok silap silap, bukan breastfeeding la, sbrnyer jd expressing mum yg lebih mencabar.. penat, bosan n stressful tp buat jugak tiap2 hari sbb to me takde cara lain tat i see to feed my baby. formula mmg jalan terakhir for me. kalau terdesak sgt2 baru resort to formula. rupanyer m not the only 1 who feels like tis. kalau kat bf group tu ramai rupanyer yg ada perasaan yg sama hehehe..

dont get me wrong ya. bukan kata fm sgt2 tak bagus or mmg tak pndg langsung fm ni.. ayra ada eczema. tat is why i m determined to fully breastfeed her for as long as i can n tak nak campur. kesian kat dia kalau susu lembu tu buat eczema dia makin teruk. i cannot forgive myself rasanyer kalau eczema dia jd melarat disebabkan susu formula disebabkan I COULDNT PROVIDE her my breastmilk. :(

anyway, skrg ni tgh tggu qaseh gold smpi. dgr citer mcm2 khasiat. try je la, mana tau ada lebih rezeki utk ayra kan.. ^_^

anyway, found tis from kumpulan ibu menyusu, saje nk share utk semua:

JOM BETULKAN BALIK MINDSET KITA IBU2...

Sekadar Perkongsian (copy paste dr sebuah blog...)

Mindset I:
SUSU IBU ADA – walaupun sedikit, susu ibu ada. Merasakan susu ibu ‘tak ada’ menghantar mesej kepada otak bahawa susu ibu tiada dan perlu menyediakan alternatif lain.

Mindset II:...
MENYUSU ITU PERLU – selepas bayi dilahirkan, paras prolaktin dalam tubuh ibu menurun hingga 50%. Sekiranya ibu tidak mula menyusukan dalam minggu pertama, kemungkinan besar paras prolaktin terus menurun hingga ke paras sebelum hamil dan bersalin. Sayang 1000 kali sayang sekiranya penyusuan dalam minggu pertama ini diabaikan.

Mindset III:
PENYUSUAN ADALAH SEMULAJADI – bukan disebabkan longan kering, pucuk betik mahupun urutan bidan. Penyusuan adalah prolaktin, dan prolaktin adalah hisapan bayi.

Mindset IV: FEED THE MOTHER TO FEED THE BABY – susu ibu tetap berkualiti walaupun ibu kurang nutirisi. Itulah hikmah penyusuan ibu dan anugerah Allah buat ibu-ibu yang tidak bernasib baik.. misalnya mangsa kebuluran. Ibu tidak perlu risau tentang makanan bayi kerana ia sudah tersedia. Tapi itu bukan alasan untuk ibu-ibu yang mampu mendapatkan nutrisi terbaik. Umpama bandingan orang miskin yang tak mampu berkereta dengan orang kaya. Kenapa pula si kaya tak mahu beli kereta sebab “Si miskin tak berkereta pun boleh hidup”? Nutrisi yang baik dan lengkap bukan saja menjadikan ibu lebih sihat, malah lebih bertenaga dan lebih ceria. Bukankah itu lebih bagus? Feed the mother dengan ilmu penyusuan dan nutrisi yang tepat dan lengkap, agar penyusuan terhadap bayi dapat dilakukan dengan baik.

Akhir sekali ia tetap berbalik kepada REZEKI… Namun begitu ibu2 ingatlah… Allah itu Maha Sempurna, setiap perkara yang dimulakan, akan disempurnakan. Jadi bila Allah dah beri kita ilham untuk menyusukan, sempurnakanlah.

Bila anda fikir anda tak ada susu/tak cukup susu… fikir sekali lagi.